1. ZAMAN
SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
Sebelum
kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan
tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang
ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah
laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan
diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis
dalam bidangp ertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur
terdapatsatu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan
dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut
di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina disekelilingnya. Peringkat
kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman
penjajahan Inggeris (1824-1957).
Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal
dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah
yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiranpendidikan di Tanah
melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu"pecah dan perintah”
serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular.
Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar
kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar Melayu
hanya sekadar melepas batuk ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada
anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar -pembesar
tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara adhoc tanpa
dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yangkonkrit. Ini adalah
kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikans ebagai satu pelaburan
di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi
mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar
kebajikan benevolen (benovelentwelfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan
Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar
menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja. Tegasnya,pendidikan
pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas
dapat membina dan memupuk unsur- unsure kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat
dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin
al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima
aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan
plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan
dikalanganpenduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang
initelah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatangkepada
negara asal mereka.
2. PENDIDIKAN ZAMAN
PEMERINTAHAN BRITISH
Vernakular Melayu
Pendidikan
Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca,
menulis dan mengira (3M). Pendidikan Melayudiadakan hanya diperingkat rendah
sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran
terpaksa memasuki sekolahmenengah Inggeris di bandar. Tujuan utama
sekolah-sekolah Melayudiasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk
membolehkananak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga.
Olehitu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkankepada
empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad.Pendidikan Melayu
tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu ataumenyumbangkan kepada mobiliti
menegak di kalangan masyarakat melayu.Pada awal abad ke 20), bagi menampung
permintaan yang bertambahterhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala
Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan
tetapi,sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru
melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Padatahun 1922,
bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang
berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telahditubuhkan. Kemudian penubuhan
terhadap Maktab Perguruan PerempuanMelayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah
di sini, dasar pentadbiranInggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka
sendiri. Orang-orangMelayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang
melayudaripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.
Pendidikan Arab Dan Agama
Satu
lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anakmelayu ialah
sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidakformal dan
kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikanmoral dan kerohanian.
Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arabdan Agama telah muncul di
merata-rata tempat di semenanjung TanahMelayu terutama di negeri Kelantan,
Kedah dan Pulau Pinang.
Vernakular Cina
Dasar
terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaumpendatang
menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini
dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris
hinggalah tahun 1920-an selaras dengan tradisimengutamakan pelajaran dan
mengekalkan kebudayaan serta identitibangsa masyarakat Cina mula bergiat
menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan
Serawak. Dasar tidak campurtangan lnggeris dalam pendidikan vernakular
menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem
pendidikanmasyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya
berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa
masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu
membaca, mengira dan menulis sertalukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah,
Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina
telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina
tanpa kawalan.Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang-
undangpada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk
mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini.
Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan
kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru disekolah ini tidak ada
latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan
kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung
atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan
Cina.
Vernakular Tamil
Sekolah-sekolah
Tamil didirikan di ladang-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan
India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina,sekolah Tamil juga didirikan
dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan
ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan
pedagogi. Oleh itu sekola-sekolah Tamil yang didirikan di ladang-ladang getah
menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga
pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul-de-suc
iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh
kasar. Pada tahun1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu
rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu
majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka.
Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan
Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri
India, begitu juga kebanyakan guru serta buku-buku teks telah dibawa masuk dari
India. Kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca,
mengira, dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal
hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3
tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah
Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris
terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan
di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,danIndia.
Vernakular Inggeris
Pendidikan
Inggeris mula diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Penang FreeSchool
ditubuhkan pada tahun 1816. Pada pertengahan abad ke 19,mubaligh kristian
membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris.Kebanyakan sekolah ini
ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris.
Kurikulumnya bercorak Kurikulum School of GreatBritain dengan tujuan
mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa,
metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada
peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program
latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di
Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma
kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran
tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905,
dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical
College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan
kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.
3.
PENDIDIKAN ZAMAN JEPUN.
Semasa
perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah
diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem
pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan
tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan
seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta
berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah
Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran
Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam
kurikulum sekolahrendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai
gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian
telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa
bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek,setor, pusat
perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi
latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun. Kelas-kelas bahasa Jepun juga
diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan.
Surat khabar juga mempunyai ruangan khasbagi pengajaran Bahasa Jepun.
Pendidikan pasca zaman pemerintahan Jepuntidak mempunyai satu falsafah untuk
tujuan perpaduan rakyat danmembentuk identiti Kebangsaan.
4.
PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN AWAL
MERDEKA
Selepas
perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran
banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat
kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah
kerumitan kaum tentang pendidikan. Orang Melayu mula mendesak, supaya Kerajaan
membaiki mutu pendidikan di sekolah-sekolah Melayu serta menambahkan peluang
bagi melanjutkanpelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuah jawatankuasa
Barnes.
4.1 Laporan Barnes
Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal
tahun 1951,danmencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari
bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu
sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara
beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan
tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.
4.2 Laporan Fenn Wu
Laporan Fen Wu, memperakukan untuk
mengekalkan serta pembaikanSekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang
hangat tentangpendidikan di Tanah Melayu, Laporan Jawatankuasa Fen Wu
telahmengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan
tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan
bahasa pengantar. memperkenalkan aliran Kebangsaan. .Laporan Fen Wu,
memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikanSekolah Cina telah memburukkan
lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu.
Laporan Pendidikan Ke Arah
Pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan
Antara
laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukanke arah
pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:
a)
Laporan
Razak (1957)
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun
1957, batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas
kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal
denganLaporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini
ialah:-
1. Pembentukan sistem pendidikan
Kebangsaan.
2. Pengakuan matlamatakhir bahawa bahasa Malaysia
menjadi bahasa pengantar utama.
3. Permulaan kurikulum yang
berorientasikan alam persekitaran Malaysia.
Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan
ialah untuk melahirkanmasyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan
satu bahasa disemua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan
untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini
bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian,
pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.
b)
Laporan
Rahman Talib (1960)
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta
Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak
dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapatsekarang.
Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-1. Menjadi titik
permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama
dan proses penukaran bahasa pengantar.
2. Mewujudkan sistem peperiksaan
persekolahan yang sarna walaupunberlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,
dan menengah atas
3. Memberi penekanan kepada pendidikan
teknik dan vokasional untukkeperluan tenaga mahir.
4. Memberi penekanan kepada pendidikan
moraldan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras
c)
Laporan
Kabinet (1979)
Setelah beberapa tahun sistem pendidikan
yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah
dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi
dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979.
Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah:-
1. Penegasan kepada paradigma kurikulum ala
Malaysia.
2. Penegasankepada pendidikan asas dalam 3M
(membaca, menulis dan mengira) danpengajaran pemulihan.
3. Pelajaran menengah atas melalui
saluranakademik dan vokasional.
4. Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11
tahun. 5
5. Pendidikan kerohanian yang kukuh.
6. Peningkatan keseluruhan mutupelajaran.
minta izin copy ye. tq
ReplyDelete