Monday 30 April 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

http://www.slideshare.net/SukieLan/falsafah-pendidikan-negara

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

http://www.slideshare.net/normalaprasekolah/2-falsafah-pendidikan-kebangsaan

4 ALIRAN FALSAFAH

IDEALISM

Idealism ialah sistem yang menegaskan pentingnya fikiran, jiwa dan kerohanian. Seseorang boleh menjadi baik melalui pendidikan pengetahuan tulen tidak berbentuk material tetapi intelektual yang abadi. Kanak-kanak akan dipaksa untuk membentuk kesabaran dan keberanian. Setiap kanak-kanak mempunyai bakat yang melayakkan mereka menjadi pelbagai jenis pekerja.. asas reality adalah akal. Sebarang benda wujud pada dasarnya adalah mental dan akal sahaja bukan fizikal. Reality mental adalah personal. Epistemology adalah keluarkan idea semulajadi yang sudah ada dalam akal. Cabaran pengajaran pembelajaran adalah untuk mengeluarkan pengetahuan ini. Pengetahuan sebenar adalah basil taakulan sahaja kerana taakulan dapat memperlihatkan kerohanian sebenar.


Pengetahuan lebih baik dikeluarkan daripada dicurahkan iaitu untuk merangsang pelajar mengeluarkan idea sendiri. Aksiologi pula ialah nilai adalah mutlak,tidak berubah kita perlu beri pujian kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik dan tegur jika salah. Guru sebagai model moral dan budaya. Guru berperanan sebagai pembimbing dan pelajar digalakkan mencari kebenaran sendiri.dan perlu memberi peluang kepada murid menyelidik sendiri.


REALISM

Realism dikenali sebagai materialism/naturalism. Ia hanya melihat alam kebendaan iaitu fizikal sebagai reality Oleh itu apa sahaja yang diluar alam fizikal dianggap bukan reality. Aristotle mengganggap reality hanya kebendaan sahaja yang nyata dan reality adalah kebendaan dan kerohanian. Semua benda termasuk fikiran dan kerohanian adalah reality. Pendidikan merupakan proses membangunkan seseorang bagi membolehkannya mengenali kebenaran.matlamat pendidikan adalah memperolehi pengetahuan mengenai alam dan bagaimana dunia bekerja. Menurut pandangan realis,kurikulum perlu mengandungi kemahiran membaca dan mengira bagi membantu pelajar mengetahui budaya dalam bentuk bertulis.prinsip asas sains bagi memperkenalkan pelajar aturan alam semulajadi. Secara umumnya realis melihat pendidikan sebagai berpusatkan disiplin dan berpusatkan guru. Guru sebagai orang yang bertanggungjawab menyampaikan kebenaran. Guru perlu patuh terhadap disiplinnya dan perlu membawa kebenaran sebaik mungkin. Pada pandangan saya,pendidikan digambarkan sebagai tradisi iaitu berpusatkan disiplin dan berorientasikan guru. Tujuan pendidikan adalah untuk membina dalaman pelajar agar mempunyai tabiat belajar sendiri.


PRAGMATISM

Aliran pragmatism dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat. Falsafah ini dikenali sebagai eksperimentalism, empirisisme, instrumentalism dan fungsionalisme. Mereka percaya bahawa pengalaman manusia menggambarkan reality. Pragmatism berpegang kepada pengalaman dan pengalaman manusia berdasarkan reality. Falsafah ini memberi tumpuan yang lebih kepada aspek epistemology dan aksiologi. Ia sentiasa berubah dan boleh diperturunkan satu benda ke satu benda. Dari segi metafizik, idea manusia adalah neutral Reality adalah interaksi antara manusia dan alam sekeliling. Aspek aksiologi pula percaya bahawa nilai adalah relative dan tidak berubah apabila amsyarakat berubah.


Dalam pendidikan, sesuatu disiplin mestilah tidak bertentangan dengan minat pelajar. Kanak-kanak belajar dari sifat ingin tahu dan tidak semestinya mengikut prinsip moral yang telah ditetapkan. Kita belajar membuat keputusan terhadap tindakan moral supaya dapat diterima orang lain. Mengikut perspektif pragmatisme, guru menggalakkan pelajarnya melibatkan diri dalam proses pengajaran iaitu belajar yang ingin kita tahu. Guru mestilah wujudkan situasi pengajaran yang berkaitan dengan masalah tertentu pada pandanagn saya, pelajar akan dianggap sebagai organisme aktif yang berusaha secara berterusan untuk membentuk pengalaman. Selain itu,pelajar akan lebih memahami tentang alam social dan fizikal sekeliling mereka apabila cuba menyelesaikan masalah dan pelajar akan belajar mengenai alam ini apabila ia terjadi pada dirinya. Kesimpulannya semua pelajaran akan menjadi mudah jika palajar berminat dan mempunyai semangat inkuiri yang tinggi dalam diri. Saya berpendapat aliran ini lebih sesuai digunakan di sekolah dan kita menggunakan dalam system pendidikan.


EKSISTENSIALISM

Menurut pandangan ahli falsafah barat.eksistensialism ini terlalu individualistic dan terlalu bergantung atas factor yang terlalu sujektif. Manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk menetapkan matlamat dan membuat keputusan yang bebas daripada norma-norma masyarakat. Pada pandangan saya, falsafah ini bertentangan dengan idealisme dan realisme kerana ia lebih mengutamakan pengalaman yang diperolehi daripada deria. Hal ini kerana kita tidak tahu sama ada pengalaman itu betul atau salah. Kebanyakan idea beasal daripada laissez-faire. Aliran ini lebih kepada kehendak inidividu itu sendiri. Ia terpulang kepada diri sendiri tidak tertakluk pada orang lain tertakluk kepada penilaian tafsiran sendiri. Maksudnya manusia bebas membuat pilihan sendiri dan buat pilihan hala tuju diri sendiri. Ia tidak bergantung pada masa lampau. Aspek epistemology pula berpendapat pengetahuan seseorang berpunca daripada pengalamannya. Apa yang dilihat akan beri makna kepada pemahaman sendiri Saya berpendapat aliran ini tidak sesuai dengan system dinegara kita kerana kita tidak tahu samaada tindakan itu betul atau salah. Kebanaran mutlak tidak wujud.contohnya kita kata manusia adalah manusia tetapi eksistensialisme mempersoalkan bagaimana manusia berada dan tujuan apa. Aksiologi pula menyatakan kebenaran bergantung kepada individu iaitu kebebasan berfikir mengikut apa yang dirasakan betul. Contohnya kita dipenuhi produk zaman saintifik seperti televisyen tetapi sumbangan teknologi tidak semestinya positif bagi individu tertentu.


System pendidikan, tiada falsafah di sekolah. Oleh itu,ada individu yang menentang kuasa-kuasa yang menafikan kebebasannya.Pelajar mesti didorong untuk megenali dan memahami kebebasan mereka sebagai manusia. Guru mesti menghormati kebebasan pelajar. Guru tidak boleh mengenakan tindakan disiplin tetapi guru meminta setiap pelajar menerima disiplin yang dianggap berfaedah baginya. Pada pendapat saya sisitem pendidikan ini tidak sesuai dalam Negara kita kerana ia lebih kepada kewujudan individu. Pelajar bebas belajar dan hanya diperhatikan oleh guru dan guru perlu menghormati kebebasan pelajar.

Tuesday 24 April 2012

PERBEZAAN PENDIDIKAN ATHENS DAN SPARTA





Jelaskan Sistem Pendidikan Negara Kota Athens Dan Sparta Dalam Tamadun Yunani


Pengenalan :


Latar belakang Tamadun Yunani :
Tamadun Yunani terletak di tebing Sungai Tiber di Lembah Latium. Dua buah kota yang terkenal pada Zaman Yunani ialah Athens dan Sparta, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri pemerintahan sendiri
Tamadun Yunani sangat mementingkan pendidikan kepada rakyatnya sehingga berjaya melahirkan cendikiawan.
Penegasan soalan : Menekankan aspek-aspek dalam sistem pendidikan seperti kurikulum, institusi, tahap pendidikan.


Isi-isi Penting :

1. Athens

Dasar pendidikan Athens :
Bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang.
Penekanan pelajaran kepada ilmu, seni muzik, dan kesukanan.
Athens mahu melahirkan warganegara yang serba boleh dalam pelbagai bidang
Institusi pendidikan utama ialah sekolah tempat mendidik anak-anak mereka
Sekolah pertama wujud pada abad ketujuh S.M. yang dikendalikan oleh bukan golongan agama dan swasta.
Raja Solon mengeluarkan arahan agar kanak-kanak lelaki mesti belajarmembaca dan berenang.
Peraturan ini dikeluarkan oleh Majistret khas.
Pengajar di sekolah adalah guru baru yang yang dikenali sebagai sofis.
Pengajaran tertumpu kepada pembacaan, penulisan, aritmetik, dan menghafal sajak atau syair.
Dalam Akademik Sekolah Pendidikan Tinggi, pelajar mengeluarkanpendapat.


Tahap Pendidikan Athens :

1. Tahap Lama(abad kelima hingga abad keenam S.M)
Kanak-kanak dilatih untuk keamanan dan gimnastik
Kanak-kanak melibatkan diri dengan belajar muzik, membaca, mengira
dan menulis.

2. Tahap Kedua ( abad keempat hingga 338 M)
Semasa Raja Philip Macedonia pelajar diajar tatacara kehidupan awam.
Plato telah menubuhkan sekolah tinggi, iaitu akademik.
Solon mengasaskan Cynossarges.
Guru yang mengajar muzik dikenali sebagai Cithana dan Lyre.
Pada umumnya, sekolah di Athens di bawah Penyeliaan Negara, khususnya Majlis Aeropagus.


Kurikulum Athens :
Kurikulum lama- pelajar didedahkan pelbagai mata pelajaran.
Seorang kanak-kanak akan dibimbing oleh seorang hamba, iaitu poedagogus
Pelajar dikehendaki membawa alat muzik dan lain-lain.
Sebat akan dikenakan bagi pelajar yang ingkar.


Peringkat Sekolah Athens :

1. Sekolah Rendah :
Pelajar belajar bertinju dan muzik.
Waktu belajar dari pagi hingga ke petang.
Mereka menulis dan menyalin apa yang diajar oleh guru serta
menghafal tanpa mengetahui maknanya. 

2. Peringkat Sekolah Menengah :
Pelajar berusia 15 tahun.
Pelajar belajar Gimnasium
Guru yang mengajar dikenali sebagai sofis dan yang terkenal ialahProtagoras dan Gorgias.
Kurikulum meliputi aspek tatabahasa,retorik, dan pidato.

Subjek Peringkat Rendah dan Menengah :
Pelajar diajar konsep 3M
Kandungan Pendidikan bersifat informatif, kritikal, dan konstruktif
Pelajaran peringkat menengah ialah falsafah dan retorik.


Sparta

Dasar Pendidikan Sparta :
Dasar pendidikian ditentukan oleh keadaan politik
Untuk melahirkan golongan helot dan individu yang taat setia kepada negara
Melahirkan golongan tentera


Tahap Pendidikan Sparta :
Kanak-kanak yang berusia 8-18 tahun di latih di berek tentera
Kanak yang berusia 18 tahun diberi latihan ketenteraan secara profesional
Dalam usia 20-30 tahun mereka akan menjalani latihan ketenteraan sebenardan ditugaskan di perbatasan
Apabila berumur 30 tahun barulah mereka dipaksa berkahwin.


Institusi Pendidikan Sparta :
Di negara Sparta, pendidikan merupakan tugas negara dan mendidik kanakkanak
agar berani.
Institusi pendidikan awal ialah keluarga.
Institusi pendidikan sebenar Sparta adalah di berek tentera.
Wanita diberi kebebasan menjalani kehidupan di luar rumah dan mereka diajar
aktiviti sukan.


Kurikulum Pendidikan Sparta :
Kurikulum Sparta menekankan latihan fizikal
Lelaki yang berusia 18 tahun akan diajar cara-cara peperangan.
Peperiksaan setiap 10 hari.
Lelaki berusia 20 tahun akan menjalani kehidupan militer sebenar.
Apabila berumur 30 tahun, sekolah tamat dan mereka ini akan berkahwin.
Wanita diajar latihan fizikal adalah untuk melahirkan keturunan yang sihat, kuat, dan menanam semangat patriotik dalam diri mereka.


Kesimpulan :
Terdapat jurang perbezaan antara Athens dengan Sparta dari segi pembentukan warga melalui pendidikan.Masih terdapat unsur-unsur persamaan dalam masyarakat Yunani. Kedua-duanya melahirkan warganegara yang berilmu, taat, dan berguna kepada bangsa.

Saturday 21 April 2012

RINDU

alhamdulillah..hr ni msih dberi kesempatan olehNya untuk trus brnyawa..meneruskan perjuangan dan pjlanan di dnia nan fana..semalam tlh mjadi sejarah utk hari ini..pastinya hr  ini pon akn jd sejarah utk hari esok..hurmm ptg2 cmni btl2 mgamit rindu pd kluarga n pd suami tercinta..mohon dberi perlindungan olehNya ke ats org2 yg aku syg..aminnn..

Friday 20 April 2012

KERAJAAN MARITIM



Lokasi :
Kebanyakannya kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan muara sungai kerana ia utamanya berasaskan kegiatan perdagangan laut dan menjalankan kegiatan perdagangan. Laut dan sungai menjadi laluan utama kerajaan maritim. 

Aktiviti Masyarakat :
Aktiviti utama adalah membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. Pusat pentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai. Pelabuhan amat penting bagi kerajaan maritim. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan, pusat jual beli, tempat menyimpan barang perdagang dan tempat persinggahan pelayar dan juragan. Kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah iaitu tempat pengumpulan dan pengedaran barangan mentah. Antaranya barang yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah ratus, gaharu, cendana, damar dan ubat-ubatan. Pelabuhan entrepot adalah pelabuhan utama yang menjalankan kegiatan perdagangan yang menjual barang mentah ke India, China, Arab dan Eropah. 
Masyarakat maritim mahir dalam membaiki kapal dan ilmu pelayaran. Pedagang-pedagang dari kerajaan maritim mampu belayar sehingga ke Afrika Selatan. 

Antaranya contoh kerajaan maritim ialah
1. Srivijaya 
2. Champa
3. Chih Tu
4. Kedah Tua 
5. Majapahit. 

Faktor kebangkitan kerajaan maritim 

1. Faktor-faktor kebangkitan ialah penduduknya sangat mahir dalam pelayaran. Malah mereka juga mahir membuat kapal-kapal besar.(mahir dalam semua bidang berkaitan dengan laut) 
2. Faktor yang kedua ialah penduduknya terlibat dalam kegiatan perdagangan, dengan ini cukai telah memberikan sumber pendapatan yang utama. 
3. Kerajaan maritim juga terletak di tengah perjalanan Timur dan Barat. Tiupan angin monsun menyebabkan para pedagang terpaksa singgah sementara menunggu pertukaran angin monsun. Boleh dikatakan ia terletak di kawasan yang strategik. 
4. Faktor terletak di pelabuhan yang strategik juga menyebabkan kemunculan kerajaan maritim. Dengan itu pelbagai kemudahan disediakan kepada pedagang yang singgah di situ. Misalnya air, tempat penyimpanan barangan. 

PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SEJARAH PENCIPTAAN MANUSIA YANG SEBENAR PART 2

SEJARAH PENCIPTAAN MANUSIA YANG SEBENAR PART 1

KERAJAAN AGRARIA




Ciri-ciri :
1. Kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian. 
2. Terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan pedalaman 
3. Hasil utama kegiatan pertanian ialah padi huma, ubi taro dan padi sawah 
4. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang 
5. Sistem pangaliran dikawal oleh pemerintah. 
6. Hasil utama kegiatan berburu, mengutip hasil hutan, dan menangkap ikan. 

Lokasi :
Dari segi lokasi ia terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.Ia menggunakan sistem aliran air yang disalurkan daripada baray maksudnya ialah kolam besar yang mampu menampung isipadu air sebanyak 30 Juta liter padu. Kerajaan angkor menggunakan sistem ini menjadikan mereka negara yang kaya hasil pertaniannya. Air yang disalurkan ke tempat pertanian di angkor juga berasal dari Tasik Tonle Sap (sebuah tasik buatan yang besar.) 

Aktiviti masyarakat :
Dilihat dari segi aktiviti masyarakat, mereka memperolehi makanan secara berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi. 

Contoh kerajaan : 
1. Kerajaan Angkor
2. Kerajaan Funan






KULIAH 6:FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

http://www.slideshare.net/zuramole/kpf-4013-kuliah-6

PERKEMBANGAN DAN PERANAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU DARI TAHUN 1926 HINGGA 1937




Pengenalan
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu muncul pada awal abad ke-20 dimulai dengangolongan intelek, agama berpendidikan timur tengahyang dikenali sebagai Kaum Muda pada tahun 1906. Antara tahun 1926 hingga 1937, gerakan nasionalisme semakin berkembang dengan penubuhan persatuan dan kelab melayu yang dipimpin olehgolongan intelek Melayu berpendidikan melayu dan Inggeris. Perjuangan melalui persatuan dan kelab ini lebih teratur dan menarik sokongan rakyat. Dalam jangka pendek kegiatan berpesatuan lebih bercorak budaya, agama dan sosial. Manakala dalam jangka panjang lebih bersifat politik.

Isi-isi

1.    Kesatuan Melayu Singapura (1926)
Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura. Pengasas dan pemimpin KMS ialahMuhammad Eunos Abdullah, Tengku Abdul Kadir dan Embok Suloh.
1.1Tujuan KMS
1.1.1Memajukan sosio ekonomi orang Melayu
1.1.2Menyedarkan orang Melayu kepentingan pendidikan
1.1.3Mengingatkan orang melayu kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak kebebasan.
1.1.4Menyedarkan orang Melayu kesan penjajahan
1.2Kejayaan KMS
1.2.1Menawarkan biasiswa kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran
1.2.2Memperoleh tanah seluas 251 hektar daripada British (Kampung Melayu diSingapura 1928)
1.2.3Memperjuangkan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat.
1.2.4Penubuhan sekolah Pertukangan Orang Melayu Singapura pada tahun 1929.

Pada tahun 1937 cawangan KMS terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. KMS adalah sebuah kesatuan yang sederhana dan tidak menentang British. KMS juga merupakan perantara orang Melayu dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.

2. Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) – 1934
2.1   Ditubuhkan pada tahun 1934 oleh golongan intelek berpendidikan Melayu.
2.2   Diasaskan oleh akhbar Saudara.
2.3   Merupakan pertubuhan sosial kebajikan
2.4  Kegiatan lebih kepada bidang bahasa dan kesusasteraan
2.5  Cogan kata PASPAM adalah Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa
2.6  Pemimpin utama ialah Syed Alwi, S.M Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun   Mohd Hashim.
2.7 Keahliannya meningkat kepada 12 000 orang dan persidangan yangdianjurkannya menjadi landasan untuk membincang dan menyelesaikan masalahyang dihadapi orang lain.
2.8  Aliran perjuangan pada peringkat awal lebih kepada pertubuhan kesusasteraan Melayu pro  kaum Muda tetapi selepas persidangan kali pertama pada 11 November 1934 perjuangan lebih kepada memperbaiki kedudukan sosio ekonomiorang Melayu.
2.9 Saranan PASPAM adalah orang melayu mesti rajin, berusaha mencapai kemajuandan perpaduan. Perpecahan PASPAM berlaku sebab orang Melayu curigaterhadap golongan Arab dan India Muslim.
3.0Persatuan Melayu Perak
Ditubuhkan pada tahun 1937 di Ipoh. Keahlian 90 peratus terdiri daripada kakitangan kerajaan. Pemimpin utama ialah Wan Mohd Nur bin Wan Nasir dan Dr. Kasim.
3.1Tujuan perjuangan
3.1.1 Baiki taraf sosial dan ekonomi Melayu
3.1.2Memelihara nasib orang Melayu
3.1.3Mengeratkan kerjasama antara orang Melayu
3.1.4Meningkatkan taraf pendidikan
3.1.5Dasar bekerjasama dengan British
3.1.6Ahli persatuan mesti taat kepada British, kerajaan dan raja

Kesimpulan
Dapat dijelaskan bahawa dua jenis pergerakan persatuan dan kelab bagi orang melayuiaitu mereka yang terdidik di sekolah Melayu bukan bangsawan dan mereka yang berpendidikan Inggeris terdiri daripada golongan bangsawan. Gerakan nasionalismemelalui persatuan ini semakin berkembang sehingga zaman pendudukan Jepun. Selepas perang Dunia Kedua perjuangan orang Melayu lebih terarah kepada UMNO sehinggakemerdekaan Tanah Melayu.


SEJARAH PENDIDIKAN PONDOK DI MALAYSIA


Sesekali apabila menulis artikel berbentuk sejarah ini, mampu menaikkan kembali semangat kita untuk menghargai betapa bertuahnya kita yang di lahirkan selepas mereka. Betapa susahnya untuk mendapat peluang belajar pada zaman dahulu kala jika hendak di bandingkan dengan zaman kita sekarang. Tapi yang peliknya, apabila semakin mudah cara untuk kita mendapatkan ilmu semakin malaslah pula sesetengah dari kita untuk belajar bersungguh-sungguh. Pelik!

Info sejarah ini adalah hasil penulisan Haji Muhammad Zakaria yang merupakan seorang penulis di majalah Solusi, isu no.31. Penghargaan buat penulis dari saya. Kepada yang berminat, mari kita menghayati sejarah pendidikan pondok di Malaysia. 

Pendidikan awal dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bermula pada abad ke-15 hingga ke-17. Golongan yang terdidik adalah golongan istana. Mereka mempelajari pendidikan agaman Islam melalui guru-guru al-Quran yang terdapat dikampung-kampung atau melalui mereka yang berketurunan Sayid. Kebanyakkan mereka mengajar di surau-surau ataupun di masjid-masjid. Pada masa yang sama, guru-guru itu menjadi imam kepada penduduk kampung tersebut. 

Antara yang di ajar termasuklah membaca dan menulis huruf-huruf al-Quran, tulisan Jawi, tajwid, ilmu fardu ain, rukun Islam dan rukun iman. Para pelajar ketika itu tidak dikenakan sebarang bayaran. Sumbangan daripada pelajar sekadar berbentuk khidmat membantu guru membersihkan kawasan persekitaran tempat belajar, mengambil air, membantu kerja-kerja di sawah, mengambil kayu api dan sebagainya. 

Pada abad ke-18, pelajaran agama Islam berkembang maju apabila beberapa orang alim ulama dari Timur Tengah berhijrah ke Tanah Melayu. Antaranya ialah Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad, yang kemudiannya bermastautin di Terengganu. Keturunan beliau yang bergelar Tok Pulau Manis, kemudiannya telah menjadi seorang ulama yang masyhur. Tok Pulau Manis pernah belajar di Aceh dan Makkah. Beliau seterusnya mengasaskan sekolah agama di Pulau Manis, Kuala Terengganu. 

Apabila berlaku peperangan antara orang Islam dengan kerajaan Siam di Pattani, lebih ramai lagi alim ulama yang berhijrah ke Kelantan dan Terengganu. Antaranya termasuklah Syeikh Daud Abdullah yang bermastautin di Pulau Duyung, Kuala Terengganu dan Syeikh Abdul Kadir yang kemudiannya mengajar di Bukit Bayas dan Kuala Terengganu. Juga terdapat gru-guru agama daripada keturunan al-Idrus yang telah berhijrah ke Terengganu. 

Dengan adanya tokoh-tokoh agama yang disanjung oleh masyarakat tempatan, pendidikan agama Islam telah tersebar dengan lebih luas termasuk negeri-negeri Melayu di sebelah utara. 

Bagi anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi, berkemampuan dan berkeinginan melanjutkan pelajaran, mereka terpaksa menyambung persekolahan di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar. Jika mereka bertuah mereka berpeluang memasuki Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kolej yang didirikan pada tahun 1905 ini berasakan English Grammar School di England. Walau bagaimanapun, kolej ini hanya di khaskan untuk anak-anak daripada golongan diraja dan bangsawan sahaja. Hanya anak-anak Melayu yang cemerlang dipilih untuk belajar di sini. 

Sekolah-sekolah lain yang menampung pendidikan anak-anak Melayu dan telah memainkan peranan penting dalam menghasilkan pemuda-pemuda Melayu yang memiliki pandangan hidup Islam ialah sekolah-sekolah Arab dan agama. Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, sekolah-sekolah pondok, sekolah Arab dan sekolah agama muncul di merata-rata tempat di seluruh Semenanjung terutamanya Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. 

Sekolah agama atau madrasah telah menjadi satu alternatif yang sesuai untuk mendapatkan pendidikan bagi masyarakat ketika itu. Alternatif ini membekalkan kekuatan, bimbingan dan semangat kepada muridnya untuk meghadapi segala cabaran dan dugaan akibat daripada proses sekularisasi yang dianjurkan oleh institusi barat. Taraf pendidikan di sesetengah madrasah ini mempunyai mutu yang tinggi. 

Banyak antara pelajar lepasan madrasah umpamanya daripada Madrasah al-Masyhur Pulau Pinang, Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu, Kelantan dan Maahad al-Ihya’ al-Syarif, Gunung Semanggol Perak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Asia Barat, terutamanya di MasjidilHaram Haram Makkah dan Universiti al-Azhar Mesir. 

Penghijrahan tokoh-tokoh agama dari Pattani dan Timur Tengah telah memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Melayu Islam ketika itu. Banyak buku bahasa Arab yang telah di terjemahkan kepada Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi, terutamanya sekitar Abad ke-19. 

Dipercayai bahawa orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan ialah Syeikh Haji Abdul Halim. Beliau mengajar anak-anak para pembesar dan orang kebanyakkan. Kehadiran beliau kemudiannya menyebabkan negeri Kelantan terkenal sebagai pusat perkembangan pengajian agama Islam.


PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA



1.   ZAMAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidangp ertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur terdapatsatu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina disekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiranpendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu"pecah dan perintah” serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar Melayu hanya sekadar melepas batuk ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar -pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara adhoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yangkonkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikans ebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelentwelfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja. Tegasnya,pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsure kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalanganpenduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang initelah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatangkepada negara asal mereka.

2. PENDIDIKAN ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH
Vernakular Melayu
Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pendidikan Melayudiadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolahmenengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayudiasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkananak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Olehitu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkankepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad.Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu ataumenyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu.Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambahterhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi,sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Padatahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telahditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan PerempuanMelayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini, dasar pentadbiranInggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orangMelayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayudaripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.
Pendidikan Arab Dan Agama
Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anakmelayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidakformal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikanmoral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arabdan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung TanahMelayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Vernakular Cina
Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaumpendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an selaras dengan tradisimengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identitibangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campurtangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikanmasyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis sertalukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan.Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undangpada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru disekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.

Vernakular Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina,sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekola-sekolah Tamil yang didirikan di ladang-ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul-de-suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku-buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira, dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,danIndia.
Vernakular Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Penang FreeSchool ditubuhkan pada tahun 1816. Pada pertengahan abad ke 19,mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris.Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum School of GreatBritain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.

3.   PENDIDIKAN ZAMAN JEPUN.
Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolahrendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek,setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun. Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan. Surat khabar juga mempunyai ruangan khasbagi pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pasca zaman pemerintahan Jepuntidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat danmembentuk identiti Kebangsaan.

4.   PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN AWAL MERDEKA
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan. Orang Melayu mula mendesak, supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah-sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkanpelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuah jawatankuasa Barnes.
4.1   Laporan Barnes
Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,danmencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan  memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.
4.2   Laporan Fenn Wu
Laporan Fen Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikanSekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentangpendidikan di Tanah Melayu, Laporan Jawatankuasa Fen Wu telahmengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar. memperkenalkan aliran Kebangsaan. .Laporan Fen Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikanSekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu.

Laporan Pendidikan Ke Arah Pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan
Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukanke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:
a)      Laporan Razak (1957)
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal denganLaporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah:-
1. Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan.
2. Pengakuan matlamatakhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama.
3. Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.
Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkanmasyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa disemua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

b)     Laporan Rahman Talib (1960)
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapatsekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-1. Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.
2. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupunberlainan bahasa di peringkat rendah, menengah, dan menengah atas
3. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untukkeperluan tenaga mahir.
4. Memberi penekanan kepada pendidikan moraldan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras

c)      Laporan Kabinet (1979)
Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah:-
1.       Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.
2.       Penegasankepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) danpengajaran pemulihan.
3.       Pelajaran menengah atas melalui saluranakademik dan vokasional.
4.       Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun. 5
5.       Pendidikan kerohanian yang kukuh.
6.       Peningkatan keseluruhan mutupelajaran.

CORAK PENDIDIKAN SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU


Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolahrendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek,setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun. Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan. Surat khabar juga mempunyai ruangan khasbagi pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pasca zaman pemerintahan Jepuntidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat danmembentuk identiti Kebangsaan.

DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU SEHINGGA TAMAT PERANG DUNIA KEDUA




Pengenalan
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 sehinggalah 12september 1945. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura berlangsung selama 3tahun 8 bulan.Jepun mengambil tindakan untuk menyerang negara Asia yang kaya dengan bahanmentah bagi memenuhi keperluan sekotor industri dan ketenteraannya. Walaupun tempohmasa pemerintahan Jepun di TM agak singkat namun ia berjaya menguasai politik,ekonomi dan sosial di TM. Ia juga memberi implikasi yang mendalam sosio-ekonomimasyarakat Tanah Melayu.

Isi-Isi Penting
Sistem pemerintahan Jepun di TM bercorak ketenteraan dan berada di bawah penguasaanseorang Jeneral. Pentadbiran di TM dibahagi kepada 2 iaitu Negeri-negeri Selatdiperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura sementaraSemenanjung Tanah Melayu diperintah oleh seorang Presiden atau Gunseikan. NamaSingapura telah diubah kepada Syonan yang bermaksud Cahaya Selatan. Tanah Melayu pula dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Jepun.Jepun juga mengembalikan kuasa Sultan yang telah dirampas oleh Inggeris tetapi hanya berkuasa sebagai ketua negeri sahaja. Sultan dibenarkan menjalankan tugas sebagai ketuaagama di negeri masing-masing. Jepun sebenarnya ingin mengambil hati para sultan agar apa yang dihajati tercapai. Ini kerana Jepun ingin mendapatkan sokongan Melayu.Bagi menjaga kemantapan setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu, Jepunmembentuk pasukan keselamatan yang dketuai oleh pegawai Jepun dan anggota perisek tentera iaitu Kampetai untuk mengawal keamanan. Kampetai sangat kejam dan telahmenangkap serta membunuh ramai orang. Selain itu diwujudkan Tekikan iaitu pasukanmata-mata gelap yang bertugas mencari musuh-musuh yang menyokong Inggerismenentang pemerintahan Jepun atau menghasut melayu.Jepun juga menyebabkan ekonomi TM menghadapi kemerosotan akibat dasar sekatandaripada pihak asing. Ini menyebabkan semua sumber ekonomi dikuasai oleh Jepunsebelum Inggeris meninggalkan TM. Ekonomi TM merosot akibat taktik ”Bumi Hangus”iaitu banyak kemudahan awam telah dimusnahkan. Jepun memaksa rakyat menanamtanaman seperti ubi kayu, keledek dan keladi untuk mengatasi masalah kekurangan bahanmakanan.
Perusahaan tempatan didirikan semula untuk menggantikan barang impot yang tidak diimport. Perusahaan penting diambil alih dan dikuasai oleh syarikat Jepun seperti Mitsuidan Mitsubishi. Jepun juga memperkenalkan mata wang ” Pokok Pisang ”. Keadaan tidak terkawal serta kekurangan bahan-bahan pengguna menyebabkan berlaku inflasi denganharga barang yang melambung tinggi dan nilai mata wang Jepun menjunam jatuh.Semasa pendudukan Jepun di TM, Jepun memberi layanan yang buruk kepada penduduk tempatan. Semua kaum iaitu orang Melayu,Cina dan India mengalami penyiksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran.Dalam sistem pendidikan Jepun telah menggantikan sistem pendidikan yang sedia adadengan sistem pendidikan jepun. Sistem pendidikan Jepun menekankan beberapa aspek seperti pembentukan akhlak dan disiplin, taat setia pada maharaja Jepun dan kepatuhankepada kerajaan Jepun. Selain itu, kebudayaan Jepun disebarkan melalui sistem pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar adat istiadat dan lagu kebangsaan Jepun iaitu”Kamigayo”.

Kesimpulan
Corak pemerintahan Jepun di TM yang menggunakan kekerasan telah meninggalkankesan yang negatif hidup rakyat tempatan. Jepun menjalankan pemerintahan mengikutcorak pemerintahan di negara asal. Pemerintahan Jepun di TM telah menyebabkan penduduk menderita. Ekonomi negara turut mengalami kemerosotan dengan kadar inflasiyang teruk. Alau bagaimanapun kesempatan yang diberikan oleh Jepun kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran memberi peluang dan persediaan untuk mentadbir negarayang merdeka

KEDATANGAN JEPUN KE TANAH MELAYU

http://www.slideshare.net/sejarahkita/kedatangan-jepun-ke-tanah-melayu-pr

KULIAH 2 : FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA

http://www.slideshare.net/zuramole/20120305130337-kuliah-2

KULIAH 1 : FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

http://www.slideshare.net/zuramole/20120220130254-kpf-4013-kuliah-1

PAHLAWANKU


TOK JANGGUT


Thursday 19 April 2012

PERJUANGAN BERMULA

Salam kawan-kawan.petang2 ni terasa spt nk mencoret sesuatu pd blog ini.Alhamdulillah.ilmu yang diperoleh dlm kelas En Zul membolehkan kite untuk bina blog kite sndri.saya pecaya kalo bukan sbb tugasan yang dberi oleh pnsyrh kita xmungkin kite akn cakna dgn blog ni. betul x??hehehe..sy terpikir2 blog yang mcmne sy nk buat.nk isi ape dlm blog sy.pglman slma 4taun mgajr sejarah spnjg bgelar GSTT tidak memungkinkn sy untuk terpikir untuk mgisi blog saya dgn perkara yang selain dari sejarah..Sememangnya kita sebagai makhuk yang dicipta sebagai hambaNya akan melalui sejarah..ye..setiap orang pasti ada sejarah..dunia yang kita sedang lalui juga bermula dgn sejarah..sejarah penciptaan Nabi Adam a.s dan Hawa..disini bermula sejarah kita..Allahmdulillah.segala puji ke hadrat Allah swt kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke dunia sementara. Setiap manusia melalui sejarah yang berbeza. Hari ini, perjuangan yang bermula di UUM juga adalah hasil sejarah dan pastinya akan menjadi sejarah untuk kehidupan kita pada masa hadapan. hari ini berkesempatan mencoret sedikit tinta tentang sejarah diri. Alhamdulillah setelah melalui saat sukar untuk mencari hala tuju dalam kerjaya, Allah swt membuka ruang dan jalan.Akhirnya niat untuk menjadi seorang pendidik hampir tercapai. Sujud padaMu yaAllah atas nikmat dan peluang yang diberi walau terpaksa berkorban masa dan wang ringgit. InsyaAllah ilmu yang dituntut pasti menjadi saksi setiap pengorbanan dan perjuangan ini. Mudahan ilmuMu ini akan berguna untuk mendidik masa depan hamba-hambaMu nanti.  Permudahkan kami, pelajar-pelajar GSTT untuk mengharungi perjuangan ini dan beri kami kekuatan untuk berada disini..Menggapai Impian kami..aminnn