Semasa
perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah
diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem
pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan
tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan
seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta
berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah
Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran
Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam
kurikulum sekolahrendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai
gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian
telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa
bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek,setor, pusat
perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi
latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun. Kelas-kelas bahasa Jepun juga
diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan.
Surat khabar juga mempunyai ruangan khasbagi pengajaran Bahasa Jepun.
Pendidikan pasca zaman pemerintahan Jepuntidak mempunyai satu falsafah untuk
tujuan perpaduan rakyat danmembentuk identiti Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment