Pengenalan
Gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu muncul pada awal abad ke-20 dimulai dengangolongan
intelek, agama berpendidikan timur tengahyang dikenali sebagai Kaum Muda pada
tahun 1906. Antara tahun 1926 hingga 1937, gerakan nasionalisme semakin
berkembang dengan penubuhan persatuan dan kelab melayu yang dipimpin
olehgolongan intelek Melayu berpendidikan melayu dan Inggeris. Perjuangan
melalui persatuan dan kelab ini lebih teratur dan menarik sokongan rakyat.
Dalam jangka pendek kegiatan berpesatuan lebih bercorak budaya, agama dan
sosial. Manakala dalam jangka panjang lebih bersifat politik.
Isi-isi
1.
Kesatuan Melayu Singapura (1926)
Ditubuhkan pada
tahun 1926 di Singapura. Pengasas dan pemimpin KMS ialahMuhammad Eunos
Abdullah, Tengku Abdul Kadir dan Embok Suloh.
1.1Tujuan KMS
1.1.1Memajukan
sosio ekonomi orang Melayu
1.1.2Menyedarkan
orang Melayu kepentingan pendidikan
1.1.3Mengingatkan orang melayu
kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak kebebasan.
1.1.4Menyedarkan
orang Melayu kesan penjajahan
1.2Kejayaan KMS
1.2.1Menawarkan
biasiswa kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran
1.2.2Memperoleh tanah seluas 251 hektar
daripada British (Kampung Melayu diSingapura 1928)
1.2.3Memperjuangkan
wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat.
1.2.4Penubuhan
sekolah Pertukangan Orang Melayu Singapura pada tahun 1929.
Pada tahun 1937
cawangan KMS terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. KMS adalah sebuah kesatuan
yang sederhana dan tidak menentang British. KMS juga merupakan perantara orang
Melayu dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.
2. Persaudaraan Sahabat Pena Malaya
(PASPAM) – 1934
2.1 Ditubuhkan pada tahun 1934 oleh golongan intelek
berpendidikan Melayu.
2.2 Diasaskan oleh akhbar Saudara.
2.3 Merupakan pertubuhan sosial kebajikan
2.4 Kegiatan lebih kepada bidang bahasa dan
kesusasteraan
2.5 Cogan kata PASPAM adalah Hidup Bahasa
Hiduplah Bangsa
2.6
Pemimpin utama ialah Syed Alwi, S.M Zainal Abidin, Sheikh Abdullah
al-Maghribi dan Hamidun Mohd Hashim.
2.7 Keahliannya meningkat kepada 12 000
orang dan persidangan yangdianjurkannya menjadi landasan untuk membincang dan
menyelesaikan masalahyang dihadapi orang lain.
2.8
Aliran perjuangan pada peringkat awal lebih kepada pertubuhan
kesusasteraan Melayu pro kaum Muda
tetapi selepas persidangan kali pertama pada 11 November 1934 perjuangan lebih
kepada memperbaiki kedudukan sosio ekonomiorang Melayu.
2.9 Saranan PASPAM adalah orang melayu
mesti rajin, berusaha mencapai kemajuandan perpaduan. Perpecahan PASPAM berlaku
sebab orang Melayu curigaterhadap golongan Arab dan India Muslim.
3.0Persatuan Melayu Perak
Ditubuhkan
pada tahun 1937 di Ipoh. Keahlian 90 peratus terdiri daripada kakitangan
kerajaan. Pemimpin utama ialah Wan Mohd Nur bin Wan Nasir dan Dr. Kasim.
3.1Tujuan
perjuangan
3.1.1 Baiki taraf sosial dan ekonomi
Melayu
3.1.2Memelihara nasib orang Melayu
3.1.3Mengeratkan kerjasama antara orang
Melayu
3.1.4Meningkatkan taraf pendidikan
3.1.5Dasar bekerjasama dengan British
3.1.6Ahli persatuan mesti taat kepada
British, kerajaan dan raja
Kesimpulan
Dapat dijelaskan
bahawa dua jenis pergerakan persatuan dan kelab bagi orang melayuiaitu mereka
yang terdidik di sekolah Melayu bukan bangsawan dan mereka yang berpendidikan
Inggeris terdiri daripada golongan bangsawan. Gerakan nasionalismemelalui
persatuan ini semakin berkembang sehingga zaman pendudukan Jepun. Selepas
perang Dunia Kedua perjuangan orang Melayu lebih terarah kepada UMNO
sehinggakemerdekaan Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment